Sunday, December 21, 2014

Matriculation.

Mari mulakan post ni dengan --Bismillahirrahmanirrahim :D

Tiba tiba dapat ilham beserta niat tulus suci nak update post lepas dah berkurun aku abaikan blog ni  --tengah mandi tadi kah! (tak dapat nafikan lahh bilik air memang boleh beri ilham yang banyak kepada manusia kuat imaginasi macam aku) and aku rasa kalau aku duduk dalam bilik air tu setengah hari dapat la ilham tulis novel pulak lepas ni. Kot? Hahaha.

Ps; Sila jangan scroll post sebelum ni, korang akan terkejut sebab memang jarak jangka masa yang superb jauh hahahaha

Ok back to the topic.
Aku nak cerita pasal matrikulasi.
Which is, kalau orang yang kenal rapat akrab dengan aku mahupun follower aku kat insta twitter mahupun wechat (k yang ni bajet retis puih) akan twu lah yang aku separuh jalan je masuk matrik then aku masuk UiTM --diploma perakaunan.

Aku punya result SPM taklah cemerlang mana untuk dapat offer foundation mahupun A-level. Cukup lah makan sekadar dapat offer matrik, diploma dengan IPG, So aku pergi interview IPG --request dari parents. Tapi aku tak lepas second interview, ok potong IPG. Then second offer is diploma nursing UiTM, yang ni memang aku dah geleng kepala awal awal sebab memang tak minat tak nak dan tak pernah terfikir untuk jadi nurse. 

The last choice, aku masuk matrik --aliran sains modul 1.
Masuk atas takde pilihan dan atas harapan parents keluarga & orang sekeliling.
Honestly, aku memang dah rasa yang I can't make it here. Tapi aku cuba sebab aku percaya yang kalau parents aku percaya aku boleh buat means aku boleh.
At last, aku quit after finished my first semester kat matrik pahang tu. Sebab aku punya result yang em nak cakap pun memalukan hahah and aku dapat offer dip akaun --UiTM Segamat.
Haha. Membazir right?

Taklah, Aku tak pernah rasa membazir sebab aku gain a lot of experience there.
Kenal kawan kawan.
Kenal dunia belajar yang bukan sekolah --Walaupun aku belajar ni lagi byk dekat university life.
Kenal stay up tetengah malam.
Kenal apa yang aku boleh buat & tak boleh buat.
Kenal erti rindu pada parents pada family pada meow.
Kenal hidup.



Honestly, aku tulis post ni atas dasar rindu pada kengkawan matrik.
Memula masuk jujur aku kusut. Sebab aku jenis yang lambat rapat lambat kenal orang, tapi bila aku dah rapat dah kenal aku boleh jadi sangat peramah + mudah mesra.
Masuk kelas and aku mula tengok orang satu persatu and I found that matrik ni dipenuhi student yang memang pandai dengan result yang tip top kebabom and boleh kata yang result aku memang macam sampah la kat sana hahah --k automatik aku down.

Yang memula rapat dengan aku --Fieza dgn Ili.
Pernah sekali, kitorang terpakai ootd sama kaler --purple. Puan Nik, lect Physics panggil kitorang purplish. And nama tu jadi simbolik our friendship sampai harini, Hehe.

Then lelama aku mula rapat dengan pompuan pompuan gila ni --Tasha, Elia, Sarah, Ecah, Nanad, Wani, Aai dll
Yang paling rindu, aerobik dengan dorang tiap petang. Haha dengan gerak tah hape hape. Berangan acacah dancer profesional kat depan cermin wehh sumpah rindu :'(
Last day, kitorang buat movie night sesama. Share maggi dalam tupperware besar gajah, tidur sesama. Damn ah. Rindu.

Boys pun. 
Dorang ni memang sangat suka dengki aku. Tak habis habis dengan Christina Perri apa kau ingat aku dengan Christina tu kembar lain mak lain bapak lain negara ke ha? Gen dia takde langsung yang sama dengan aku weh. Hahaha.

Kekadang aku punya mulut ni boleh tahan kuaja sampai jadi gaduh dengan dorang ni. Tapi tu lahh, kitorang ni macam family, air dicincang takkan putus. Kan?

They give me such a great memories to be kept.
Yang buat aku rasa matriculation days is not wasting at all.

Sorry guys.
Tak dapat sama sama masuk degree dengan korang.
Tak dapat sama sama habiskan matrik dengan korang.

Takpelah, aku lambat sikit.
Korang laju sangat la macam pelesit hahaha

Good luck.

Nasihat aku buat adik adik yang dah rasa tak konfiden masuk matrik sebab aku quit. Please don't. Matrik cuma bukan tempat aku. Mungkin tempat korang. Tak perlu dilahirkan pandai untuk masuk matrik, korang cuma perlu hardwork. Insya-Allah korang gonna make it :)

Again, good luck! 

Sorry lah kalau bosan baca.
Tapi aku tak bosan menulis. Hahaha. Nasib engkorang lah ye. Okbye,

No comments:

Post a Comment