Wednesday, December 31, 2014

Dua-ribu-empat-belas

Mulakan dengan apa ye adik abang kakak sekalian? --Assalamualaikum...

Bagus bagus *tepuk sikit*

So.... Last day of 2014 huh. Well said. Tahun yang banyak sangat great memories. For me especially. Takkanlah aku nak tulis pasal negara ke politik ke or what kan. Nama pun personal blog. Haih. Act, malam ni hambar --macam hari cuti yang biasa lah makan tidur movie game and so on. Tapi nak cerita pasal tahun ni bukan hari ni, tahun yang ada banyak sangat benda yang jadi. Daripada suka gelak ketawa nangis sedih kecewa frust menonggeng tertonggeng serabut pecah kepala pe semua sampai laaaaa satu tahap yang aku dah tak boleh define apa yang aku rasa --heartless? Maybe lol. 

Finished my SPM in 2013. Benda pertama yang nak setel mestilah lesen wohooo! Kereta + motor heheh tamak. Tapi sampai harini, aku tak guna pun lesen kereta tu. Sebab apa? Well said, penakut. Hahahahaha ok tak kelakar. But serious lah. Kalau kau suruh aku pilih, aku pilih motor --buat masa sekarang lah. Kalau dah pro drive, boleh jamin la nak driving memanjang. Kah! Demand nak mampuih. 

Tahun ni jugak. Aku accident. Lol tak lah teruk mana. Jatuh motor je pun. Ok taknak cerita lebih because......kelakar nanti korang gelakkan aku. Hahahaha.

And, for the first time in my life. Aku kerja. Cosway. Tu pun Teacher Nora yang ajak kerja  kat tempat dia tu. So, accept jelah.. Lagipun memang tengah cari kerja kan. So far, kat sana tak banyak cerita yang aku nak cerita. Kenal kak ina, kak long dengan kak khusnul. Ohh mestilah kenal a few regular customers jugak kan. Its kinda bored act, macam org takde life. Kerja 10 jam, kat rumah tidur je sebab penat. Cuti sehari mana cukup wehh. Hahah. Merasa la jugak susah payah orang cari duit kan. Yes. Pengalaman! :D

Then, result SPM. Tak bagus mana pun. Nak bangga pun rasa bengap sangat. Kahkah. Tapi masih bersyukur dengan apa yang aku dapat. Yelah, dengan tak belajar, ponteng kelas, tidur dalam kelas, tak buat homework apa lagi revision kan, (tetiba rindu zaman sekolah tsk) banyak la negatifnya diri ni still manage to get 5A 4B 1C. Wuuu --Alhamdulillah.

Next, matriculation. Aku rasa dah cerita dalam post yang lepas. So, nak skip jelah hahah. Selamat scroll ke bawah k.

So now, teruskan perjalanan kat uitm ni...

See? 2014 brings a lot of memories to me, Mana mana kita pergi, mestilah kita akan kenal someone kan. And selalunya, bila kita mula sayang. Mula serasi. Pilihlah, Sama ada meninggalkan atau ditinggalkan. 

Dan tahun ni aku banyak meninggalkan.

For those yang aku tinggalkan jauh dari aku... You are here *tunjuk hati* I'm serious weh. Aku bukan jenis orang yang cepat lupa pada orang lain. Lagi lagi orang yang selalu buat aku ketawa. No matter how bad how silly or how crazy you are.

Aku masih ada seseorang. Yang aku tak berjaya tinggalkan. Yang aku simpan sejak 2010. Yang sampai harini aku masih sayang. You brought a new colour in my life. I just can't let you go. --next post pasal dia (yg mostly org dah kenal dia) Stay tuned... (yg ni poyo kahkah)

For those yang aku baru kenal.. Mohon kenali aku lebih rapat. Biar kau faham aku --ok macam mustahil. Tapi cuba lah. Kalau kau rasa aku kawan yang baik, kenalan yang baik --Alhamdulillah. Tapi kalau vice versa --pilih apa yang terbaik untuk kau. Sama ada meninggalkan atau duduk diam.

Azam?
Entah. Takde. Aku suka pasang azam bila aku sampai tempat baru. Bukan pada tahun baru. Sebab aku rasa, surrounding affect us the most. Bukan tahun semata. To be better in your life, start it now. Not even tomorrow, next week, next month or next year. 

Kita manusia. 
Perlu lebih tabah. 
Kuat hadapi hidup.
Hadapi dunia.
Tempuh ujian.
Biar kita dapat apa yang setimpal di akhirat kelak.

Bangun.
Tapi jangan terpegun.
Bangkit.
Tapi jangan tersepit.
Dongak. 
Tapi jangan membongak. 

Selamat menghadapi 2015.
Yang aku pasti ia lebih mencabar.
Selagi kau berpegang pada Dia.
Yakin.
Kau masih punya harapan.
Untuk berubah ke arah yang lebih baik.

*senyum*
Assalamualaikum! 

Sunday, December 21, 2014

Matriculation.

Mari mulakan post ni dengan --Bismillahirrahmanirrahim :D

Tiba tiba dapat ilham beserta niat tulus suci nak update post lepas dah berkurun aku abaikan blog ni  --tengah mandi tadi kah! (tak dapat nafikan lahh bilik air memang boleh beri ilham yang banyak kepada manusia kuat imaginasi macam aku) and aku rasa kalau aku duduk dalam bilik air tu setengah hari dapat la ilham tulis novel pulak lepas ni. Kot? Hahaha.

Ps; Sila jangan scroll post sebelum ni, korang akan terkejut sebab memang jarak jangka masa yang superb jauh hahahaha

Ok back to the topic.
Aku nak cerita pasal matrikulasi.
Which is, kalau orang yang kenal rapat akrab dengan aku mahupun follower aku kat insta twitter mahupun wechat (k yang ni bajet retis puih) akan twu lah yang aku separuh jalan je masuk matrik then aku masuk UiTM --diploma perakaunan.

Aku punya result SPM taklah cemerlang mana untuk dapat offer foundation mahupun A-level. Cukup lah makan sekadar dapat offer matrik, diploma dengan IPG, So aku pergi interview IPG --request dari parents. Tapi aku tak lepas second interview, ok potong IPG. Then second offer is diploma nursing UiTM, yang ni memang aku dah geleng kepala awal awal sebab memang tak minat tak nak dan tak pernah terfikir untuk jadi nurse. 

The last choice, aku masuk matrik --aliran sains modul 1.
Masuk atas takde pilihan dan atas harapan parents keluarga & orang sekeliling.
Honestly, aku memang dah rasa yang I can't make it here. Tapi aku cuba sebab aku percaya yang kalau parents aku percaya aku boleh buat means aku boleh.
At last, aku quit after finished my first semester kat matrik pahang tu. Sebab aku punya result yang em nak cakap pun memalukan hahah and aku dapat offer dip akaun --UiTM Segamat.
Haha. Membazir right?

Taklah, Aku tak pernah rasa membazir sebab aku gain a lot of experience there.
Kenal kawan kawan.
Kenal dunia belajar yang bukan sekolah --Walaupun aku belajar ni lagi byk dekat university life.
Kenal stay up tetengah malam.
Kenal apa yang aku boleh buat & tak boleh buat.
Kenal erti rindu pada parents pada family pada meow.
Kenal hidup.



Honestly, aku tulis post ni atas dasar rindu pada kengkawan matrik.
Memula masuk jujur aku kusut. Sebab aku jenis yang lambat rapat lambat kenal orang, tapi bila aku dah rapat dah kenal aku boleh jadi sangat peramah + mudah mesra.
Masuk kelas and aku mula tengok orang satu persatu and I found that matrik ni dipenuhi student yang memang pandai dengan result yang tip top kebabom and boleh kata yang result aku memang macam sampah la kat sana hahah --k automatik aku down.

Yang memula rapat dengan aku --Fieza dgn Ili.
Pernah sekali, kitorang terpakai ootd sama kaler --purple. Puan Nik, lect Physics panggil kitorang purplish. And nama tu jadi simbolik our friendship sampai harini, Hehe.

Then lelama aku mula rapat dengan pompuan pompuan gila ni --Tasha, Elia, Sarah, Ecah, Nanad, Wani, Aai dll
Yang paling rindu, aerobik dengan dorang tiap petang. Haha dengan gerak tah hape hape. Berangan acacah dancer profesional kat depan cermin wehh sumpah rindu :'(
Last day, kitorang buat movie night sesama. Share maggi dalam tupperware besar gajah, tidur sesama. Damn ah. Rindu.

Boys pun. 
Dorang ni memang sangat suka dengki aku. Tak habis habis dengan Christina Perri apa kau ingat aku dengan Christina tu kembar lain mak lain bapak lain negara ke ha? Gen dia takde langsung yang sama dengan aku weh. Hahaha.

Kekadang aku punya mulut ni boleh tahan kuaja sampai jadi gaduh dengan dorang ni. Tapi tu lahh, kitorang ni macam family, air dicincang takkan putus. Kan?

They give me such a great memories to be kept.
Yang buat aku rasa matriculation days is not wasting at all.

Sorry guys.
Tak dapat sama sama masuk degree dengan korang.
Tak dapat sama sama habiskan matrik dengan korang.

Takpelah, aku lambat sikit.
Korang laju sangat la macam pelesit hahaha

Good luck.

Nasihat aku buat adik adik yang dah rasa tak konfiden masuk matrik sebab aku quit. Please don't. Matrik cuma bukan tempat aku. Mungkin tempat korang. Tak perlu dilahirkan pandai untuk masuk matrik, korang cuma perlu hardwork. Insya-Allah korang gonna make it :)

Again, good luck! 

Sorry lah kalau bosan baca.
Tapi aku tak bosan menulis. Hahaha. Nasib engkorang lah ye. Okbye,