Wednesday, December 31, 2014

Dua-ribu-empat-belas

Mulakan dengan apa ye adik abang kakak sekalian? --Assalamualaikum...

Bagus bagus *tepuk sikit*

So.... Last day of 2014 huh. Well said. Tahun yang banyak sangat great memories. For me especially. Takkanlah aku nak tulis pasal negara ke politik ke or what kan. Nama pun personal blog. Haih. Act, malam ni hambar --macam hari cuti yang biasa lah makan tidur movie game and so on. Tapi nak cerita pasal tahun ni bukan hari ni, tahun yang ada banyak sangat benda yang jadi. Daripada suka gelak ketawa nangis sedih kecewa frust menonggeng tertonggeng serabut pecah kepala pe semua sampai laaaaa satu tahap yang aku dah tak boleh define apa yang aku rasa --heartless? Maybe lol. 

Finished my SPM in 2013. Benda pertama yang nak setel mestilah lesen wohooo! Kereta + motor heheh tamak. Tapi sampai harini, aku tak guna pun lesen kereta tu. Sebab apa? Well said, penakut. Hahahahaha ok tak kelakar. But serious lah. Kalau kau suruh aku pilih, aku pilih motor --buat masa sekarang lah. Kalau dah pro drive, boleh jamin la nak driving memanjang. Kah! Demand nak mampuih. 

Tahun ni jugak. Aku accident. Lol tak lah teruk mana. Jatuh motor je pun. Ok taknak cerita lebih because......kelakar nanti korang gelakkan aku. Hahahaha.

And, for the first time in my life. Aku kerja. Cosway. Tu pun Teacher Nora yang ajak kerja  kat tempat dia tu. So, accept jelah.. Lagipun memang tengah cari kerja kan. So far, kat sana tak banyak cerita yang aku nak cerita. Kenal kak ina, kak long dengan kak khusnul. Ohh mestilah kenal a few regular customers jugak kan. Its kinda bored act, macam org takde life. Kerja 10 jam, kat rumah tidur je sebab penat. Cuti sehari mana cukup wehh. Hahah. Merasa la jugak susah payah orang cari duit kan. Yes. Pengalaman! :D

Then, result SPM. Tak bagus mana pun. Nak bangga pun rasa bengap sangat. Kahkah. Tapi masih bersyukur dengan apa yang aku dapat. Yelah, dengan tak belajar, ponteng kelas, tidur dalam kelas, tak buat homework apa lagi revision kan, (tetiba rindu zaman sekolah tsk) banyak la negatifnya diri ni still manage to get 5A 4B 1C. Wuuu --Alhamdulillah.

Next, matriculation. Aku rasa dah cerita dalam post yang lepas. So, nak skip jelah hahah. Selamat scroll ke bawah k.

So now, teruskan perjalanan kat uitm ni...

See? 2014 brings a lot of memories to me, Mana mana kita pergi, mestilah kita akan kenal someone kan. And selalunya, bila kita mula sayang. Mula serasi. Pilihlah, Sama ada meninggalkan atau ditinggalkan. 

Dan tahun ni aku banyak meninggalkan.

For those yang aku tinggalkan jauh dari aku... You are here *tunjuk hati* I'm serious weh. Aku bukan jenis orang yang cepat lupa pada orang lain. Lagi lagi orang yang selalu buat aku ketawa. No matter how bad how silly or how crazy you are.

Aku masih ada seseorang. Yang aku tak berjaya tinggalkan. Yang aku simpan sejak 2010. Yang sampai harini aku masih sayang. You brought a new colour in my life. I just can't let you go. --next post pasal dia (yg mostly org dah kenal dia) Stay tuned... (yg ni poyo kahkah)

For those yang aku baru kenal.. Mohon kenali aku lebih rapat. Biar kau faham aku --ok macam mustahil. Tapi cuba lah. Kalau kau rasa aku kawan yang baik, kenalan yang baik --Alhamdulillah. Tapi kalau vice versa --pilih apa yang terbaik untuk kau. Sama ada meninggalkan atau duduk diam.

Azam?
Entah. Takde. Aku suka pasang azam bila aku sampai tempat baru. Bukan pada tahun baru. Sebab aku rasa, surrounding affect us the most. Bukan tahun semata. To be better in your life, start it now. Not even tomorrow, next week, next month or next year. 

Kita manusia. 
Perlu lebih tabah. 
Kuat hadapi hidup.
Hadapi dunia.
Tempuh ujian.
Biar kita dapat apa yang setimpal di akhirat kelak.

Bangun.
Tapi jangan terpegun.
Bangkit.
Tapi jangan tersepit.
Dongak. 
Tapi jangan membongak. 

Selamat menghadapi 2015.
Yang aku pasti ia lebih mencabar.
Selagi kau berpegang pada Dia.
Yakin.
Kau masih punya harapan.
Untuk berubah ke arah yang lebih baik.

*senyum*
Assalamualaikum! 

Sunday, December 21, 2014

Matriculation.

Mari mulakan post ni dengan --Bismillahirrahmanirrahim :D

Tiba tiba dapat ilham beserta niat tulus suci nak update post lepas dah berkurun aku abaikan blog ni  --tengah mandi tadi kah! (tak dapat nafikan lahh bilik air memang boleh beri ilham yang banyak kepada manusia kuat imaginasi macam aku) and aku rasa kalau aku duduk dalam bilik air tu setengah hari dapat la ilham tulis novel pulak lepas ni. Kot? Hahaha.

Ps; Sila jangan scroll post sebelum ni, korang akan terkejut sebab memang jarak jangka masa yang superb jauh hahahaha

Ok back to the topic.
Aku nak cerita pasal matrikulasi.
Which is, kalau orang yang kenal rapat akrab dengan aku mahupun follower aku kat insta twitter mahupun wechat (k yang ni bajet retis puih) akan twu lah yang aku separuh jalan je masuk matrik then aku masuk UiTM --diploma perakaunan.

Aku punya result SPM taklah cemerlang mana untuk dapat offer foundation mahupun A-level. Cukup lah makan sekadar dapat offer matrik, diploma dengan IPG, So aku pergi interview IPG --request dari parents. Tapi aku tak lepas second interview, ok potong IPG. Then second offer is diploma nursing UiTM, yang ni memang aku dah geleng kepala awal awal sebab memang tak minat tak nak dan tak pernah terfikir untuk jadi nurse. 

The last choice, aku masuk matrik --aliran sains modul 1.
Masuk atas takde pilihan dan atas harapan parents keluarga & orang sekeliling.
Honestly, aku memang dah rasa yang I can't make it here. Tapi aku cuba sebab aku percaya yang kalau parents aku percaya aku boleh buat means aku boleh.
At last, aku quit after finished my first semester kat matrik pahang tu. Sebab aku punya result yang em nak cakap pun memalukan hahah and aku dapat offer dip akaun --UiTM Segamat.
Haha. Membazir right?

Taklah, Aku tak pernah rasa membazir sebab aku gain a lot of experience there.
Kenal kawan kawan.
Kenal dunia belajar yang bukan sekolah --Walaupun aku belajar ni lagi byk dekat university life.
Kenal stay up tetengah malam.
Kenal apa yang aku boleh buat & tak boleh buat.
Kenal erti rindu pada parents pada family pada meow.
Kenal hidup.



Honestly, aku tulis post ni atas dasar rindu pada kengkawan matrik.
Memula masuk jujur aku kusut. Sebab aku jenis yang lambat rapat lambat kenal orang, tapi bila aku dah rapat dah kenal aku boleh jadi sangat peramah + mudah mesra.
Masuk kelas and aku mula tengok orang satu persatu and I found that matrik ni dipenuhi student yang memang pandai dengan result yang tip top kebabom and boleh kata yang result aku memang macam sampah la kat sana hahah --k automatik aku down.

Yang memula rapat dengan aku --Fieza dgn Ili.
Pernah sekali, kitorang terpakai ootd sama kaler --purple. Puan Nik, lect Physics panggil kitorang purplish. And nama tu jadi simbolik our friendship sampai harini, Hehe.

Then lelama aku mula rapat dengan pompuan pompuan gila ni --Tasha, Elia, Sarah, Ecah, Nanad, Wani, Aai dll
Yang paling rindu, aerobik dengan dorang tiap petang. Haha dengan gerak tah hape hape. Berangan acacah dancer profesional kat depan cermin wehh sumpah rindu :'(
Last day, kitorang buat movie night sesama. Share maggi dalam tupperware besar gajah, tidur sesama. Damn ah. Rindu.

Boys pun. 
Dorang ni memang sangat suka dengki aku. Tak habis habis dengan Christina Perri apa kau ingat aku dengan Christina tu kembar lain mak lain bapak lain negara ke ha? Gen dia takde langsung yang sama dengan aku weh. Hahaha.

Kekadang aku punya mulut ni boleh tahan kuaja sampai jadi gaduh dengan dorang ni. Tapi tu lahh, kitorang ni macam family, air dicincang takkan putus. Kan?

They give me such a great memories to be kept.
Yang buat aku rasa matriculation days is not wasting at all.

Sorry guys.
Tak dapat sama sama masuk degree dengan korang.
Tak dapat sama sama habiskan matrik dengan korang.

Takpelah, aku lambat sikit.
Korang laju sangat la macam pelesit hahaha

Good luck.

Nasihat aku buat adik adik yang dah rasa tak konfiden masuk matrik sebab aku quit. Please don't. Matrik cuma bukan tempat aku. Mungkin tempat korang. Tak perlu dilahirkan pandai untuk masuk matrik, korang cuma perlu hardwork. Insya-Allah korang gonna make it :)

Again, good luck! 

Sorry lah kalau bosan baca.
Tapi aku tak bosan menulis. Hahaha. Nasib engkorang lah ye. Okbye,

Sunday, February 23, 2014

3 Tahun 7 Bulan.


3 Tahun 7 Bulan.



Pejam celik pejam celik. Almost 4 years.
Kenapa masih dgn dia?
Jujur. 
Kadang kadang rasa keliru dengan hati sendiri..
Rasa macam nak pergi jauh. Tapi nak dekat.
Rasa macam benci. Tapi sayang.
K gila.

"Kau tak percaya pada ketentuan Allah ke? Tak percaya qada' dan qadar? Tak payah nak risau sangat"

"Kau bayangkan eh, ada ramai lagi perempuan kat luar sana. Tapi dia pilih kau. Bukan ke special?"

Antara cakap cakap kosong aku dengan kawan kawan yang buat aku sentap. Terdiam. Berfikir.
Betul. Betul sangat.
Dari pengalaman aku sendiri, bila dengar budak lelaki bercerita. Normal je diorang suka, melayan ramai perempuan. Tapi sayang tetap pada sorang je.
So, kenapa aku masih jealous?

Haha. Entah.
Tu pun satu perasaan yang normal bagi perempuan.
Fitrah.
Cuma masing masing kena pandai kawal segala rasa lah kan?
:)

Cinta hati.
Terima kasih untuk segala gala galanya.
No matter what happens. I will stay. If you stay.
Saya tak akan pernah give-up pertahankan apa yang saya rasa.
Sorry for everythings.
I just can't be like others. 
Kadang kadang saya down. Down sangat sangat.
Bila realise. Siapa saya di mata manusia.
Saya plastik.
Sarkastik.
Depan orang macam takde apape yang jadi dalam hidup saya.
Hakikatnya? Berperang dengan masa lalu.
Berperang dengan setiap kelemahan diri.
Siapa twu? Takde siapa.

3 tahun 7 bulan and still counting.
Kau ajar aku. Kenal dunia.
Dan lepas ni.
Aku mohon.
Kenalkan aku dengan akhirat.

Tuesday, February 4, 2014

Jumpa lagi.


So. Cuti raya cina dia dah habis.
And dia dah balik Lendu. Hm hm. 
Sebenarnya... Dah rindu. Haha. Gedik.


Hiks. Memang suka sangat gambar bajet comel ni. Hahaha.

Awak.
Thank you.
Sebab terima saya seadanya. Masih ada dengan saya. Masih macam dulu. 
And I just realise that you are different with other people.
You have you own personality. Hiks. 
And yang paling saya suka. Awak cakap yang awak suka kekurangan saya. It is the best thing that make me smile when I'm thinking about you.
><

Waa. Gila jiwang kau qis.
Ngehngeh.
Ada jodoh kita jumpa lagi k.
I'm gonna miss you very much.
Eh salah, I'm already miss you! 
Hii.

Good night.

Thursday, January 30, 2014

Torn apart inside.


1.13 am
Dalam diam. Air mata jatuh lagi. Hailaa. Sakit betul lah.
Segala macam rasa.
That moment. Bila aku rasa macam jauh dari kau. Tapi kau macam tak kesah apape pun. Tak kata apape pun. Kau twu ke aku sedih? Aku terasa? Aku menjauh hati? 
Maybe kau twu. Cuma kau buat2 tak twu.

Ingat senang ke? Sedih sedih. Then automatically dengar suara kau aku boleh bergelak ketawa macam takde apape. Sakit weh. Sakit. Plastik. Ye, aku tak jujur. Tak jujur sebab aku tak suka nak tunjuk apa yang aku rasa. Aku taknak kau rasa terbeban dengan apa yang aku rasa.

Maybe sebab kau twu apa yang aku rasa, then kau cakap, aku tak memahami. Bukan macam tu. Aku mungkin salah faham. Salah cara. Salah semuanya salah.

Ye. Memang salah aku.
Haih. Dah la qis.
Buang segala rasa ni pergi. 
Just get a well sleep and I'll be okay.
Yes. I'm okay.

Good night.

Sunday, January 26, 2014

Taktau tajuk.


1:22 am
Masa masa macam ni biasa je kalau aku belum tidur pun. Hii. Tapi spoil lah bila perut lapar. Kang makan tengah tengah malam. Free free je kena sakat badan dah naik -,-

Hailaa. Hati.
Sungguh la. Aku pun dah pening dengan segala macam rasa sekarang ni. Dah macam belacan je aku rasa.
Aku pun tak twu apa punca jadi macam ni. Hii
Perempuan. Biasalah. Emo :P

Sekarang ni. Memanglah rasa macam nak belajar sesuatu dalam hidup.
Belajar untuk baiki diri jadi lebih baik.
Belajar kenal diri sendiri.
Belajar faham diri sendiri.

Yelah. Kalau aku sendiri pun terkontang kanting tak kenal diri sendiri, jangan la harap orang nak faham diri kita kann~

Sekarang ni. Rasa malu bila orang tegur silap aku yang aku dah twu terang2 benda tu salah tapi masih buat lagi.
Rasa macam - sepatutnya aku dah boleh fikir yang its not good for me, tapi kenapa masih buat?
Hm. Masalah. Haru biru jadinya. Haha.

Aku rasa aku kena belajar untuk faham orang lain.
Faham hubungan aku dengan orang lain.
Yelah. Orang lain pn ada family jugak. Mana boleh sesuka hati aku main aci redah je paksa paksa orang ikut semua kehendak aku. Ye dok? Dia ada life. Ada tanggungjawab. Haih. Matang la qistina. Jgn jadi kanak-kanak. Tak sesuai dah. Hii.

Grown up Qistina.
Be yourself or am I suppose to be The-New-Me?
Hm. Mana mana pun asalkan ia baik untuk diri. Untuk orang sekeliling.

And awak.
Saya sayang awak.
Saya baru faham. Hubungan ni bukan perlu dibuktikan dengan mesej, call 24/7. Atau jumpa everytime awak balik sini. Asalkan saya masih boleh bergelak sakan loyar buruk dengan awak macam abang dengan adik atau macam kawan rapat atau apape pun la. Yang penting kita sama sama happy. Tak perlu dah nak terasa hati dalam hal kecik remeh temeh tahap microorganisms tu. Kan? Hii.

Haha. Qis. Lawak la kau ni.
Tidur lagi bagus kot.

Zzz..

Saturday, January 25, 2014

Goodbye.


Goodbye masa lalu.
Kini aku harus kuat. Jalani hidup sebagai the-new-me. Hm. Taklah baru sangat.
Tapi tetap baru.

Bila aku berjanji untuk berjalan terus ke hadapan tanpa hiraukan bayangan masa lalu.
Sungguh. Yang lalu itu beri sebuah titik hitam dalam diri aku. Yang lalu tu beri kesan yang sangat besar dalam hidup aku kini. 

Pergilah. Aku kini mahu bahagia. Aku mahu hidup yang baru.
Sememangnya. Terkadang aku benci pada diri hanya kerana masa lalu. Haha. Kenapa? Padahal sepatutnya aku melupakannya.

Tapi.
Kadang kadang. Orang sekeliling juga salah. Bila mana mereka asyik mengungkit. Buat aku teringat. Buat aku sedih. Buat aku hilang keyakinan diri.
Mungkin tembok kekebalan diri perlu aku tingkatkan.
Agar aku mampu menghiraukan segala rasa yang menjatuhkan semangat aku untuk terus ke hadapan.

Keep smile and stay strong.

Hati resah. Carilah Allah.

Insya-Allah :')

Wednesday, January 22, 2014

220114


3 years and 6 months! 
Wah wah. 
Alhamdulillah :)


Haha. Bila teringat masa first meet dia. Ya ampun! Sangat malu dan sangat kelakar. Sampai harini aku boleh tergelak sensorang kalau ingat balik. Hahaha. Gila.

Ok. Dear Azli Shafii.
I don't know why. Dengan awak. Rasa lain sangat. Awak tak sama macam orang lain. *Yela, saya selalu sgt ckp macam ni kan -,-
K tu realiti. Yelah. Since saya ni keanak-anakan sampai la sekarang ni (Masih childish kan sekarang? Hihik). Awak masih ada dengan saya. Masih terima saya seadanya. Masih layan saya. Dah anggap awak ni macam bestfriend yang tersangat rapat. Haha.
Yelah, cuba imagine, ada kawan yg dah 3 tahun lebih sama sama. Sempoi je cerita itu ini. Gelak ketawa sama sama. Sape tak sayang each other kan? 
Hiks.

Thank you for everything.
:)


Tuesday, January 21, 2014

Post ni pasal bosan.


Hai.
So, dah beli no pin UPU. Now tengah confuse. Pening aaaa. 
Hahah. Yelah, either nak choose akaun or sains.
Dua dua pun aku suka. Aku minat. Aku enjoy. Tapi lebih score pada akaun la. I don't know why.
Ok, satu jela nak pesan kat diri sendiri. Jangan suka nak ikut orang. Belajar berdikari! This is your future! Lalalala~

Disebabkan kebosanan terlampau. Sekarang aku rasa nak kerja. Walaupun malas. Tapi aku perlukan duit. Tsk.

Tapi kan. Seronok kalau dapat spent time dengan dia je 24/7.  
Oh emak, kawinkan aku~ 
Lol. Gatal gila kot ni.

Eish. Dah la. Taktau nak bebel apa. Macam bangang je post aku kali ni.
Haih.
Bosan.
Tapi hati tak pernah bosan. Missing the same person. Feel the same feeling to the same person. 



Hai encik di sana.
I just need you here.
Kbye.